Oct 11, 2010

Pegawai Tadbir dan Diplomatik... Part 2

SAMBONGAN...

Untuk part 2, saya akan menulis mengenai peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam malaysia. Semasa saya mengambil perperiksaan ini, saya terjumpa ramai orang yang telah mengambil ujian ini untuk beberapa kali dan tetap gagal. Ada yang menelaah untuk berminggu dan ada yang tak baca apa2 langsung. Jadi, di dalam post ini , saya akan berkongsi mengenai macam mana saya berjaya lepas untuk percubaan yang pertama dan tips utk bakal penjawat awam.

Ujian ini akan berlangsung dari pukul 8 pagi hingga lebih kurang pukul 4 petang. Tetapi ada break untuk lunch selama 1 jam if saya tidak silap.

Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen iaitu:
Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris


SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit

Bilangan Soalan : 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkaraperkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia / infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lainlain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh soalan:

1. Kekuatan gegaran gempa bumi diukur menggunakan alat ( diberi oleh website spa)
A. Mercalli
B. Seismograf
C. Spektrometer
D. Fotomikrogafi
Jawapan: B


2. Dimanakan Piala Dunia 2010 akan berlangsung?? ( cth soalan yang saya ingat)
A. England
B. Finland
C. Malaysia
D. Afrika Selatan
JAWAPAN: D

tips: semasa ujian saya, ada soalan mengenai 1malaysia konsep, NKRA dan sebagainya. So jangan lupa membaca mengenai isu semasa. Ada rakan saya yang mengambil sebelum saya, perlu jawab mengenai islam hadari. So, pembacaan mengenai isu semasa amat penting. jgn gopoh untuk menjawab, kerana jawapan kepada soalan ini amat jelas so if anda telah baca walaupun siket, ia akan banyak membantu.

Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Masa : 45 minit
Soalan : 40 Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan

(i) kemahiran logik
(ii) kemahiran menginterpretasi data
(iii) konsep-konsep matematik

tips: didalam bahagian ini, bagi graduan mmg takde masalah. semua soalan adalah perkara logik. bahagian matematik maybe susah siket bagi sesetengah kita yg selalu pakai kalkulator kerana pada periksaan yang saya duduki memerlukan anda menyelesaikan masalah tanpa bantuan. just by using ur mind .


Contoh soalan:

1. 123456 terbalikkan , anda dpt bentuk apa?? (soalan benar)

A. 654321
B. 321456
C.123654
D.123456

Jawapan: A








2. Berikut ialah jumlah calon Berjaya dipilih mengikut Latihan Separa Perubatan bagi 6 skim paling popular pada tahun 2009.
JUMLAH CALON BERJAYA DIPILIH MENGIKUT SKIM TAHUN 2009
Perkara Bil. Peratus (%)
Jururawat 1,500
Penolong Pegawai Perubatan 18
Juruteknologi Makmal Perubatan 12
Juru X-ray 100
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran 50 2
Pembantu Farmasi 100
a. Jawatan paling diminati ialah jururawat. Berapa peratuskah calon yang berjaya dipilih untuk mengikut latihan bagi jawatan tersebut?

A. 25
B. 55
C. 60
D. 65
Jawapan: C
b. Berapa ramaikah calon yang berjaya dipilih mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan?

A. 400
B. 450
C. 455
D. 500
Jawapan: B
3.
Fahmi mengambil masa purata 6 minit untuk menanda 1 skrip kertas esei. Jika Fahmi memperuntukkan masa 2 jam sahaja dalam 1 hari untuk menanda kertas peperiksaan tersebut, berapa harikah masa diperlukan Fahmi untuk menanda 300 skrip kertas esei?
A. 13
B. 14
C. 15
D. 16
Jawapan: C

Seksyen C - Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei-Esei

Masa : 35 minit
Bilangan Soalan : 20 soalan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang mengandungi antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei mengemukakan 5 soalan yang menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei berkenaan. Bagi esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalan adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi esei-esei Bahasa Inggeris soalan-soalan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan bukan pengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu kepada perkara-perkara berikut:
(i) Perkara penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei;
(ii) Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas dari esei;
(iii) Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau ditempelak dari esei;
(iv) Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasan penulis;
(v) Perasaan penulis sama ada menyokong atau menolak, memberi pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya
Contoh Soalan

It was the day before Independence. Our class teacher announced that the next day would be a holiday. My class of eight – to- ten-years olds exploded with joy. We did not realize the significance of the event. To us all holidays were wonderful and causes for celebration in themselves.

The bell rang. Actually, the ‘bell’ was a long iron bar hit several times with an iron rod by Imran, a Standard Five pupil, who happened to be the headmaster’s son. Besides being entrusted with the august task of signaling the start and end of school, he was the only pupil to wear a wristwatch.

The pupils filed out of the classrooms to make their way home. Most of them walked the mile or two to their homes while a few rode bicycles. There were about twenty bicycles belonging to both teachers and pupils’ parents parked under a large angsana tree behind the school.

I was one of the lucky ones. As I made my way to the tree, I saw that my sister Fatimah, was already waiting for me. I would ride with her on our father’s old but famous Raleigh. My father was one of the few in Sanglang, our village, to own a bicycle. Ah Seng one of the three shopkeepers in the village, had told him that Raleigh was the best make in the world. It was an English make, therefore it was superior. I observed that every part the tyres, pedals, dynamo, light bulbs was manufactured in the nation our teacher described as the richest, the most powerful on earth and having widespread colonies including our country, Malaya.
Our Ways by Ismail Husin
1. The pupils exploded with joy because

A. it was a day before Independence.
B. there will be a celebration in the school.
C. they are happy the class teacher announced a holiday.
D. they will be attending a significant event.
Jawapan : C
2. Imran is

A. a student born in August.
B. the owner of the iron bar and iron rod.
C. the only student who owns a Raleigh.
D. the headmaster’s child.
Jawapan : D
3. Why does the writer consider himself lucky?

A. His sister is already waiting for him after school.
B. He is able to park his bicycle under the angsana tree.
C. He rides his father’s Raleigh to school.
D. He knows every part of the bicycle.
Jawapan : C

4. I have been working on this paper for over six hours and now I feel completely ___

A. exhaust.
B. exhausts.
C. exhausted.
D. exhausting.
Jawapan : C

5. I am at the office today but my boss is not. He _____ for a meeting in Jabatan Perdana Menteri.

A. go
B. goes
C. is going
D. gone
Jawapan : C
Pengunjung restoran di sekitar Lembah Klang mungkin pernah mengalami situasi pelayannya membawa makanan atau minuman lain daripada yang diminta oleh pelanggan. Hal ini kerana kebanyakan pelayan di restoran jenis ini adalah warga India dan China yang bekerja, menggantikan rakan mereka yang baru tamat tempoh lawatan ke negara ini dan mereka tidak tahu langsung bercakap Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Peningkatan warga asing ‘hilang’ di negara ini dikesan sejak kerajaan memperkenalkan pemberian Visa Waktu Ketibaan (VOA) pada 2006 bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong melawat negara ini. Namun, selepas kira-kira dua tahun diperkenalkan, kerajaan mendapati hampir 30 peratus daripada 251,908 visa yang dikeluarkan disalahgunakan. Sebahagian mereka pula menjadikan Malaysia sebagai transit ke negara ketiga melalui bantuan sindiket antarabangsa. Apakah mereka ini benarbenar datang sebagai pelancong ? Jawapannya, ialah hanya sebilangan kecil rakyat negara terbabit berbuat demikian kerana ramai yang datang untuk bekerja, bukan saja secara haram malah melakukan kegiatan haram seperti jenayah dan pelacuran. Malah tidak salah untuk kita mengandaikan peningkatan jenayah sejak kebelakangan ini juga disebabkan oleh kehadiran ‘pelancong’ ini. Perdana Menteri juga turut melahirkan kebimbangan terhadap masalah ini.

Kita memerlukan kehadiran pekerja asing dan pelancong untuk memacu pertumbuhan ekonomi tetapi kita tidak mahu kedatangan mereka menimbulkan padah kepada rakyat tempatan dan masa depan negara. Dalam hal ini semua pihak harus beusaha mengatasi masalah ini walaupun sukar ibarat kata peribahasa “tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri”. Jangan hanya menunggu Perdana Menteri bersuara, barulah pelbagai pihak termasuk ahli politik sibuk mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan tetapi kemudiannya sepi semula. Lebih penting lagi ialah kesungguhan dan ketegasan kita untuk menanganinya secara bersepadu dan tidak tunduk kepada desakan atau rayuan pihak tertentu.
Dipetik dan diubahsuai daripada :
Manja Ismail, Berita Harian Online,
” Warga Asing 'Hilang' Tingkatkan Kes Jenayah”,
Isnin, 18 Januari 2010.
6. Menurut pengarang, semakin ramai warga asing yang didapati ‘hilang’ di negara ini kerana

A. tiada permit yang sah.
B. penglibatan sindikit tertentu.
C. transit ke negara ketiga.
D. terus tinggal di sisni walaupun visa tamat tempoh
Jawapan : D

7 Berdasarkan petikan di atas, perkara utama yang ingin diketengahkan oleh pengarang ialah

A. kebanjiran pelancong asing di Malaysia.
B. aspek penguatkuasaan yang tidak tegas oleh pihak
berkuasa terhadap warga asing.
C. kepentingan bidang pelancongan penting ke arah memacu ekonomi negara.
D. kebimbangan peningkatan jumlah warga asing.
Jawapan : D

Seksyen D - Esei Bahasa Melayu

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya:

‘Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan komitmen kerajaan selaras dengan prinsip 1 Malaysia “ Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagaimanakah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dapat dilaksanakan agar memperkukuh keupayaan membangunkan negara?

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Melayu.

Tips: untuk berjaya dalam bahagian ini, penguasaan bahasa dan pengarangan amat penting. tetapi untuk calon yang tidak beberapa mahir, bole cuma untuk meneka topik yang bakal keluar. Seperti saya, saya spot isu GTP dan alhamduillah mmg kuar topik tersebut. Soalan esei tersebut adalah seperti di atas. Just kena tahu apa itu GTP, objektifnye dan kuarkan ayat. Ada calon yang menghafal dan just kuarkan balik masa peperiksaan,.

untuk calon, bahagian esei ini adalah seperti SPM. esei mesti mempunya pendahuluan, badan dan kesimpulan. ada yang mencadangkan untuk anda menulis idea anda di kertas yang diberikan dulu sebelum menulis esei tersebut. ini adalah untuk mengelak dari esei anda nmpk kelam kabut dan bersepah.

Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “How can you become a valueable member in the organizations you intend to serve?”

Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Inggeris.


No comments:

Alliances