Oct 9, 2010

Pegawai Tadbir dan diplomatik M41... Part 1

Saya mendapat banyak soalan mengenai topik ini dari kawan2 saya, so instead of saya jawab satu per satu, saya akan menulis rencana mengenainya. so, that the information will get out to all of my friends and the public.

Untuk sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi seorg pegawai PTD, berikut ialah beberapa perkara yang anda perlu tahu:

  1. Proses untuk mengambil PTD amat lama dan bergantung pada nasib. Sbg contoh: saya memohon untuk jwatan ini pada Jun 2009 dan dipanggil untuk peperiksaan untuk masok perkhidmatan awam pada April 2010. Jadi, jangan sangka permohonan anda gagal kerana proses ini mmg amat lama. Tetapi dari peperiksaan ke interview saya cuma lebih kurang 6 bulan. So kesabaran amat penting.
  2. Selepas berjaya dengan semua proses PTD, kepada yang berjaya akan masok perkhidmatan dalam tempoh percubaan and if x silap tempoh itu selama 3 tahun. ( btolkan saya jika salah).
  3. Kepada graduan, yang ingin mencari gaji yang lumayan, lupakan hajat utk mnjadi PTD kerana tangga gaji PTD adalah sama dengan jawatan perkhidmatan laen yang gred 41. PTD adalah untuk sesiapa yang inginkan keselamatan dari segi kerjaya kerana tidak perlu risau mengenai kehilangan kerja semasa ekonomi meleset.
  4. Satu lagi tips penting, ialah tanya pada rakan2 anda yang telah melalui proses PTD atau yang telah menjadi PTD. ini amat penting untuk mengetahui samaada PTD sesuai utk anda atau tidak. Kerana jika anda berjaya manjadi PTD, dan menolak tawaran tersebot, anda akan diblacklist dan peratus kejayaan anda untuk memohon jawatan kerajaan di masa hadapan akan terjejas.
So the first step to become a PTD, is apply thorugh the spa website which is http://www.spa.gov.my/ dan tunggu untuk dipanggil untuk peperiksaan skim masuk perkhidmatan awam.

Dibawah adalah syarat-syarat kelayakan bagi rakyat malaysia yang ingin memohon jawatan PTD M41:

i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T4 RM2269.15]; atau

iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred M41: P1T7 RM2544.67); dan

iv) lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang
ditetapkan; dan

v) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh spa, deskripsi tugas PTD ialah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan,ekonom, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah.tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri ( termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Ada yang mengatakan bahawa deskripsi tugas PTD akan ditanya semasa PAC dan interview tetapi bagi saya, soalan ni tidak ditujukan.

PArt 2: Saya akan menceritakan mengenai peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam dan PAC.. kepada yang ingin tahu lebih lanjut, tunggu utk posting saya yang seterusnya..

No comments:

Alliances