Sep 17, 2008

manifesto pejuang hak pelajar..NO. 8

MANIFESTO CALON NOMBOR 8: MUAZAN


KEBAJIKAN PELAJAR:

  1. Mempertingkatkan keselamatan didalam kawasan UNITEN dengan menambahkan bilangan security guard atau polis bantuan. Memperkenalkan sistem ronda malam di setiap kelompok penginapan yang akan dilakukan oleh pengawal keselamatan selain hanya mengangkat tangan ketika orang keluar masuk kawasan. Pengawal di pintu masuk utama dan kedua perlu memeriksa bonet kereta ketika keluar kawasan UNITEN seperti yang diamalkan oleh MMU untuk mengelak kecurian.
  2. Mempertingkatkan kualiti atau menggantikan semua fasiliti sukan, akademik dan penginapan yang boleh dikatakan terlalu lama dan banyak yang rosak untuk kemudahan pelajar-pelajar yang telah membayar yuran pengajian yang mahal.

SUKAN DAN UMUM

  1. Memperkenalkan pelan Student Athlete Development Programme untuk mempertingkatkan tahap sukan di UNITEN untuk menjamin kejayaan di masa hadapan. Lebih bercirikan untuk mengajar athlete UNITEN dalam cara pemakanan yang betul, latihan yang efektif dan cara menjalani kehidupan sebagai student athlete yang lebih efisien.
  2. Mengadakan "Minggu Bersama MPP" dimana akan dilaksanakan sekali dalam sebulan pada hujung minggu aktiviti-aktiviti berteraskan sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh disertai oleh setiap pelajar dalam mengisi masa lapang pada hujung minggu. Contoh aktiviti Futsal, persembahan kebudayaan, paintball dan sebagainya. Disamping itu program ini diharapkan dapat merapatkan lagi jurang di antara MPP dan pelajar-pelajar.


No comments:

Alliances