May 27, 2009

Prof. Ghaz Quitting UNITEN?

This is a letter that was forwarded to me by a friend. It stated in the letter that the guy that came to UNITEN and introduce 'Change' will be leaving for good.

SELAMAT TINGGAL SAHABAT

Assalamualaikum wrt wbt.

Shbt-Shbt warga sokongan,

Sekadar untuk makluman shbt-shbt, saya dan isteri kini dalam perjalanan menuju ke tanah suci Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan umrah; sekaligus menamatkan perkhidmatan saya secara rasmi dengan UNITEN. Saya akan bercuti sehingga tamat tempoh notis pada 19hb Julai 2009.

Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada shbt-shbt sekelian yang telah sudi menerima saya suatu ketika dahulu dan seterusnya telah membantu didalam mempermudahkan segala tugasan yang dipikul saya dengan pelbagai cara dan di dalam pelbagai keadaan dan situasi. (Ya memang benar, ada juga yang terpaksa bertungkus lumus hingga ke lewat malam!!). Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik shbt-shbt sekelian.

Serpanjang perkhidmatan saya di UNITEN, saya dapat lihat bagaimana kita telah sama-sama mengharungi segala cabaran dan dugaan perjuangan, tetapi dengan berkat doa dan kesabaran kita bersama, AlhamduLillah, kita telah berjaya mengatasinya.

Percayalah, kesemua pencapaian dan kejayaan kita tidak mungkin tercapai tanpa usaha gigih kita secara jemaah. Marilah shbt-shbt, kita pastikan agar api jemaah yang telah kita nyalakan sejak di Sungkai lagi, senantiasa besar membakar; dan keutuhan ukhuwah kita senantiasa segar bak titisan embun fajar.

Shbt-shbt sekelian, banyak pengalaman yang telah saya timba semasa di UNITEN; tetapi diantara perkara yang paling saya bersyukur adalah diberikan Allah peluang untuk bekerja disisi shbt-shbt. Tidak akan saya lupakan segala kenangan manis yang kita lalui; dan semoga Allah membalas segala jasa baik shbt-shbt yang telah membahagiakan hidup saya semasa di UNITEN.

Pastikan agar kita memberi segala sokongan dan dokongan dengan penuh ikhlas kepada pemimpin kita serta jemaah pengurusan Universiti, yang saya yakin akan membawa UNITEN ke mercu tanda yang terbilang.

Akhir kata, saya mohon ampun dan maaf diatas segala-galanya; yakinlah suatu hari nanti kita akan capai apa yang di impikan. InsyaAllah, akan kita bertemu lagi sebagai sahabat; ingatlah, sekali sahabat hingga keakhir hayat sahabat.

Selamat tinggal dan wassalam.

sahabat ghaz

(2 Julai 2007 hingga 24 Mei 2009)


Will this mark the end of the Ghaz era? How long will the changes that were introduced by him last?

1 comment:

kiyuu said...

akhirnye. kenape ye?

Alliances