Dec 21, 2008

HISTERIA



Histeria’ adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? SAKSIKAN DI PAWAGAM BERHAMPIRAN

Antara pelakon filem Histeria:
1) Liyana Jasmay sebagai Murni
2) Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir – ‘antoo Fighter’) sebagai Alissa
3) Norisnainy (pendatang baru) sebagai Kerek
4) Ainul Aishah (pelakon ‘Nana Tanjung’) sebagai Marina
5) Yanna (Newcomer) sebagai Junita
6) Talya (pelakon series ‘bong’) sebagai Tini
7) Reana (pernah berlakon dalam filem Prof. Razak Mohaiden) sebagai Zeta
8) Adiputra sebagai Mr. Brandon
9) Kazar (pelakon drama Susuk) sebagai ‘tukang Kebun’
10)Vanida Imran sebagai ‘ustazah’
11)Adlin Aman Ramlie sebagai ‘cikgu Disiplin’
12) Adman Salleh sebagai Guru Besar
13) M. Rajoli sebagai Bomoh
14) Ramli Hassan (pelakon utama filem The Red Kebaya) sebagai Psychiatrist
15) Namron sebagai Police Detective


ulasan:
citer ni bolehla dikatakan ok dan tak teruk.boleh ditonton untuk peminat peminat yang menyukai genre seram.tak terlalu mengecewakan.walaupun semua pelakon utama adalah muka baru,lakonan diorang tidaklah mengecewakan. kita boleh merasai keseraman filem ni. dalam 5 bintang aku bagi 2.5,boleh diperbaiki lagi..selamat menonton HISTERIA....

4 comments:

kiyuu said...

haha.. aku tau saper yg bunuh.. bukan murni.. tp KO!!! hahaha.. gurau je.. best ke citer tu? ko tengok ngan saper lagi??

iziq said...

kalo aku yang bunuh, habisla trojan lepas ni.huhuhuhu.aku tgk ngn arechong.hbs rm4 kene bayar dia.sebeb kitrg deal kalo kuar sekor hantu aku kene bayar half kat dia.huhuhuhuhuhuhu

kiyuu said...

haha.. ko hantu ngan dier mmg la rugi.. dier gi tengok ngan ko ke? x nangis2 ke acong tu?? ke dier dah peluk2 ko waktu kat wayang?

iziq said...

hahahahaha.citer ni takdele seram sangat.ok jerk.dai takdele takut sangat.aku rase dia lagi takut time tgk jangan pandang belakang.huhuhuhu

Alliances